Bertemakan gaya mewah dan klasik, Alfio Raldo berkongsi himpunan beg tangan dan kasut terbaharu dengan gaya yang lebih berani. Dihasilkan dalam pelbagai warna, sang wanita boleh menyerlahkan corak pemakaian dengan variasi koleksi kasut dan tas tangan direka khas kepada mereka ingin menampilkan individualiti melalui rekaan feminin dan chic tanpa mengabaikan produk yang praktikal.

Sesuai digayakan di mana-mana, beg-beg tangan yang ditawarkan memenuhi keperluan dan imaginasi si pemakai. Dengan kombinasi warna-warna asas dan perincian menarik seperti hitam dan metalik lembut yang dihiasi butang stad perak, koleksi beg tangan ini didatangkan dengan bentuk dan saiz berbeza, menambahkan lagi versatil penggunaannya.

Saiz beg yang sederhana boleh memainkan peranan sebagai beg dokumen, bagi menyerlahkan cita rasa unik sehinggalah beg genggam elegan bagi majlis-majlis formal. Nampaknya stail beg Alfio Raldo kali ini lebih fokus kepada beg tote, handheld dan dompet eksklusif.

Digabungkan dengan kasut bertumit tinggi yang berpadanan, gandingan ideal ini mampu menonjolkan penampilan unik pada harga berpatutan. Pasti sesuai apabila dipadankan dengan pakaian pejabat atau majlis yang dihadiri.

Selain itu, Alfio Raldo turut menawarkan cermin mata pelbagai gaya, jam tangan dan aksesori lelaki.

Menurut Pengarah Urusan Ixora Corporation Sdn Bhd, Jordan Ling, sesuai dengan tagline Alfio Raldo - The Italian Elegance, pihaknya terpanggil untuk menjadikan wanita di Malaysia ini tampil bergaya dan elegan. Tidak perlu berbelanja lebih bagi jenama mewah di pasaran untuk kelihatan lebih bergaya kerana koleksi Alfio Raldo sememangnya memenuhi cita rasa fesyen terkini.