Apapun saat menyarungkan busana serba baharu adalah antara momen terindah semasa menyambut Aidilfitri dan lazimnya jika dilihat senarai jemputan rumah terbuka setiap kali musim perayaan, sepasang baju raya sudah tentu tidak mencukupi.

Menampilkan koleksi klasik renda, kain batik dan baju kasual kemas, Pangoi tampil dengan pelbagai pilihan busana untuk ke rumah terbuka. Rekaan kali ini amat menitikberatkan pemilihan fabrik, keselesaaan, potongan serta aura feminin dalam dres kurung yang turut disuntik dengan elemen klasik dan elegan.

Jika dilihat dari segi rekaan, ia kelihatan ringkas tetapi cukup bagi memenuhi kelembutan gaya dan trend masa kini. Dres kurungnya adalah gabungan cita rasa moden dan tradisi yang bukan sahaja sesuai digayakan di majlis tertentu sebaliknya boleh digayakan ke tempat kerja.

Meskipun budaya Asia cukup ketara dalam potongan rekaan ini namun masih mampu memenuhi cita rasa pelbagai lapisan penggemar fesyen. Warna-warna terang dan rekaan ceta­kan geometrikal sentuhan Pangoi menyerlahkan penampilan si pemakai. Tidak ketinggalan, orang ramai boleh memadankan beg tangan Pangoi sebagai pelengkap gaya di rumah terbuka nanti.