Justeru, bersedialah untuk membuat pelbagai pilihan barang kemas yang direka dengan kerumitan yang serba memukau.

Menurut kenyataan, menerajui barisan rekaan adalah Koleksi Alamanda, diikuti Koleksi Karya Anggun dan Koleksi Manja.

RANTAI leher daripada Koleksi Manja.
RANTAI leher daripada Koleksi Manja.

KOLEKSI MANJA

Si kecil kesayangan anda tidak boleh dilupakan. Maka dengan itu lahirlah Koleksi Manja yang direka khas untuk menyerlahkan kecomelan anak-anak. Bagi edisi hari raya, koleksi ini dihadirkan dengan gandingan cincin, rantai dan subang yang bertemakan bunga Alamanda.

GELANG daripada koleksi Karya Anggun.
GELANG daripada koleksi Karya Anggun.

KOLEKSI KARYA ANGGUN

Penampilan terbaharu dalam koleksi ini merupakan gelang menawan, untaian yang lain daripada lain serta anting-anting yang bakal mengembalikan nostalgia dan kenangan suasana di desa satu ketika dahulu.

Keanggunan gelang bercangkuk yang hadir bersama untaian ikonik berbentuk wau bulan, kereta lembu dan dedaun. Untaian ini juga didatangkan dalam pelbagai bentuk lain seperti kuih-muih tradisi.

Kita juga boleh memilih anting-anting dengan rekaan berbentuk wau bulan serta nasi lemak sebagai gandingan serasi untaian pilihan anda.

GELANG daripada koleksi Alamanda.
GELANG daripada koleksi Alamanda.

KOLEKSI ALAMANDA

Gelang bercorak bunga Alamanda ini dipasangkan dengan rantai. Kedua-duanya lahir daripada pertukangan serba rumit menggunakan emas 916/22K.

Di samping itu, set cincin dan rantai emas bermotif flora ini menyerlahkan rekaan yang ringkas, namun menarik perhatian. Ia sekali gus menyerlahkan keperibadian si pemakai.