20 wanita paling berpengaruh di UK

20 wanita paling berpengaruh di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERSEMPENA Hari Wanita Antarabangsa (IWD) pada 8 Mac, akhbar The Independent sekali lagi menerbitkan senarai tahunan yang menampilkan 50 wanita berpengaruh dan memberi impak kepada masyarakat Britain sepanjang 2025.

Cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk sukan, seni, perkhidmatan awam dan advokasi, wanita-wanita ini berani menggunakan suara serta bakat mereka untuk membawa perubahan kepada masyarakat.

Untuk tahun keempat berturut-turut, senarai pengaruh itu diterbitkan pada 8 Mac dan disusun oleh kakitangan editorial akhbar berkenaan, dengan tahun ini bertemakan ‘berkorban untuk mencapai sesuatu’.

Dengan menyenaraikan individu luar biasa meliputi pemimpin politik, atlet bertaraf dunia, ikon seni dan budaya serta aktivis, berikut kedudukan lima wanita paling berpengaruh di United Kingdom (UK) sempena Hari Wanita Antarabangsa 2026.

1. CHLOE KELLY
Menduduki senarai teratas adalah pemain bola sepak England, Chloe Kelly, yang bangkit daripada tempoh paling sukar dalam kerjayanya untuk mengukuhkan status sebagai legenda negara selepas menjaringkan sepakan penalti pada Kejohanan Eropah (Euro) 2025.

Pemain gantian utama skuad itu melepaskan rembatan padu pada kelajuan 68 batu sejam, lebih pantas daripada mana-mana gol yang dijaringkan dalam musim sebelumnya di Liga Perdana.
Melalui jaringan tersebut, pasukan Lionesses berjaya menjulang gelaran kedua berturut-turut dalam kejohanan UEFA Women’s Euro 2025.

2. LILY ALLEN
Gabungan kesedihan dan kemarahan mendorong bintang pop British, Lily Allen, kembali ke studio buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Setelah menghadapi perpisahan dengan bintang Stranger Things, David Harbour, Allen menumpukan segala tenaga dan emosi ke dalam album West End Girl.

Lagu seperti Pussy Palace, Madeline dan 4chan Stan menceritakan tentang pendedahan mengejut yang berlaku dalam hubungan tersebut, manakala Nonmonogamummy dan Beg for Me mengisahkan kesedihan serta tekanan yang timbul apabila cuba memuaskan hati pasangan hingga mengorbankan identiti dan harga diri.

Album tersebut melonjak ke kedudukan nombor dua dalam carta album UK, manakala jelajah teater Allen habis dijual serta-merta, mendorong permintaan untuk arena besar yang dijadualkan akhir tahun ini.

3. JESSIE BUCKLEY

Jessie Buckley, calon utama Pelakon Wanita Terbaik Oscar tahun ini untuk lakonannya dalam Hamnet, pertama kali dikenali ramai melalui rancangan bakat Andrew Lloyd Webber di BBC One.

Dalam Hamnet, beliau memegang watak isteri William Shakespeare yang dilanda kesedihan selepas kematian anak mereka, Hamnet. Lakonannya telah memenangi BAFTA dan Golden Globe, dan Oscar dijangka menjadi pengiktirafan seterusnya.

4. PUTERI WALES

Puteri kesayangan rakyat Britain ini terus menjadi simbol kekuatan dan ketabahan apabila beliau secara beransur-ansur kembali menunaikan tanggungjawab diraja tahun lalu selepas menjalani rawatan kanser.

Dalam ucapan sempena Hari Kanser Sedunia bulan lalu, Kate Middleton berkata perjalanan menghadapi kanser tidak berjalan lurus atau mudah. Ada masa penuh ketakutan dan keletihan, tetapi ada juga masa yang dipenuhi kekuatan, kebaikan, dan hubungan yang bermakna.

Walaupun menghadapi cabaran peribadi, misi Kate untuk menekankan pembangunan awal kanak-kanak terus berkembang.
Bekerjasama dengan Yayasan Diraja, beliau mempelopori beberapa inisiatif yang meneroka hubungan antara kehidupan awal dan cabaran sosial seperti ketagihan serta masalah kesihatan mental ketika dewasa.

5. SHABANA MAHMOOD

Shabana sedang mengekalkan imej baharu bagi jawatan Setiausaha Dalam Negeri. Seorang beragama Islam dengan ibu bapa berketurunan Pakistan, beliau dibesarkan di Birmingham, di mana bapanya memiliki sebuah kedai penjuru dan menjadi pengerusi Parti Buruh tempatan.

Beliau menuntut di sekolah perempuan berasrama sebelum melanjutkan pengajian undang-undang di Oxford.

Shabana merupakan seorang peguam bela yang berkhidmat sehingga 2010, sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan Birmingham Ladywood.

Pendirian tegasnya dalam isu imigresen menjadikan beliau individu kontroversi dalam kalangan penyokong parti berhaluan kiri. Ramai melihat beliau sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Perdana Menteri UK, Keir Starmer.

6. CLAUDIA WINKLEMAN
7. BLAISE METRWELI
8. INDHU RUBASINGHAM
9. MARGARET ASPINALL
10.SARAH MULALLY
11. KEMI BADENOCH
12. LUCY BRONZE
13. RATU CAMILLA
14. OLIVIA DEAN
15. ELLIE KILDUNNE
16. AMY HUNT
17. SARINA WIEGMAN
18. KAREN CARNEY
19. DAME ESTHER RANTZEN
20. LUCY POWELL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN