ATHENS: Polis Greece memaklumkan pasukannya menahan empat lelaki yang didakwa memiliki bahan letupan. Penahanan itu dibuat seminggu selepas insiden letupan bom di luar bangunan Kementerian Sumber Manusia Greece di Athens. Kejadian yang berlaku pada 3 Februari lalu tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Dilaporkan, bahan letupan itu diletakkan di dalam sebuah beg galas dan digantung atas pagar bertentangan dengan bangunan kementerian. Polis dalam satu kenyataan mengesahkan suspek ditahan kerana memiliki bahan letupan.…










