Lebih 18 juta tonton pertabalan Raja Charles III

Lebih 18 juta tonton pertabalan Raja Charles III

USKUP Agung Canterbury, Justin Welby meletakkan Mahkota St Edward pada Raja Britain, Raja Charles III dalam istiadat pertabalan di Westminster Abbey di London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu data menunjukkan upacara pertabalan Raja Britain, Raja Charles III ditonton oleh kira-kira 18 juta penduduk di United Kingdom (UK).

Lapor BBC, istiadat pertabalan Raja Charles III dan Ratu Camilla, disiarkan secara serentak di pelbagai saluran antara pukul 11 pagi dan 1 petang (waktu tempatan).

Menurut firma Barb, jumlah tontonan meningkat kepada 20.4 juta penonton ketika Raja Charles III ditabalkan selepas tengahari.

Angka itu lebih rendah berbanding kira-kira 26.5 juta orang menonton upacara persemadian Ratu Elizabeth II.

Kira-kira 18.8 juta orang menonton upacara pertabalan Raja Charles III di 11 saluran dan perkhidmatan termasuk BBC One, Two, ITV dan Sky News.

Seramai 13.4 juta penduduk menonton upacara pertabalan Raja Charles III disiarkan di saluran BBC One, yang mempunyai purata 11.9 juta penonton.

Menurut ITV, kira-kira 3.3 juta penduduk menonton upacara pertabalan itu di saluran itu antara pukul 10.45 pagi dan 1 petang (waktu tempatan).

Dilaporkan, Sky News mempunyai purata 568,000 penonton semasa penyiaran upacara pertabalan itu.

“Liputan GB News pula mencecah kira-kira 176,000 penonton dan Talk TV mempunyai purata 14,000 penonton,” jelas laporan.

Channel 4 memilih untuk menayangkan filem Johnny English Strikes Again dan bukannya upacara pertabalan itu, dengan jumlah tontonan seramai 138,000 orang.

Difahamkan, berjuta-juta penduduk pernah menonton upacara pertabalan Ratu Elizabeth II di televisyen pada tahun 1953.

Namun, tiada data rasmi disediakan sehingga menyukarkan membuat perbandingan dengan upacara pertabalan pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN