Rishi Sunak sedia bincangkan kenaikan gaji jururawat - Utusan Malaysia

Rishi Sunak sedia bincangkan kenaikan gaji jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menegaskan beliau bersedia membincangkan kenaikan gaji jururawat sebelum pertemuan dengan pemimpin kesatuan sekerja sektor awam dalam usaha menamatkan gelombang pertikaian industri terbesar di negara itu.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain yang telah lama dibiayai oleh pembayar cukai, memberikan penjagaan percuma kepada semua rakyat tetapi mengalami tekanan berikutan kekurangan dana sejak beberapa tahun lalu yang diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19.

Sunak, yang berdepan tekanan hebat termasuk daripada ahli Parti Konservatifnya berkata, kerajaan bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin kesatuan mengenai gaji, walaupun sebelum ini menterinya enggan membuka semula perbincangan mengenai perjanjian tahun ini.

“Kami mahu mengadakan perbualan yang munasabah, jujur dan dua hala mengenai gaji.

“Pintu sentiasa terbuka untuk bercakap tentang perkara yang ingin dibincangkan oleh jururawat dan kesatuan sekerja secara umumnya,” kata Sunak kepada BBC.

Ketua Kesatuan Kolej Kejururawatan Diraja (RCN), Pat Cullen berkata, beliau sedikit optimis selepas melihat perubahan dalam pendirian Perdana Menteri itu.

Kerajaan dilaporkan akan mengadakan mesyuarat hari ini dengan pegawai kesatuan yang mewakili pekerja sektor awam seperti jururawat dan pemandu kereta api.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN