Enam maut letupan di kawasan pejalan kaki di Istanbul - Utusan Malaysia

Enam maut letupan di kawasan pejalan kaki di Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dan 81 cedera dalam insiden letupan di kawasan pejalan kaki yang sibuk di tengah Istanbul, semalam.

Ratusan orang ramai yang memenuhi kawasan tersebut lari bertempiaran selepas letupan berlaku, selain menyaksikan pasukan paramedik dan polis dikerahkan segera ke lokasi kejadian.

Kawasan itu yang terletak di daerah Beyoglu sering dikunjungi orang ramai untuk membeli-belah, selain menjadi tempat tumpuan pelancong.

Rakaman video yang diperoleh Reuters menunjukkan keadaan semasa letupan berlaku pada pukul 4.13 petang, menyebabkan banyak serpihan berterbangan dan sejumlah pengunjung terbaring atas jalan.

Beberapa jam selepas letupan berlaku, Naib Presiden, Fuat Oktay melawat lokasi kejadian dan memberi jaminan akan menyiasat insiden tersebut.

Pihak berkuasa Turkiye memaklumkan, seorang petugas kementerian dan anak perempuannya antara yang terkorban dalam letupan itu.

Sehingga kini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN