Eropah dilanda gelombang haba ekstrem, kebakaran hutan merebak

Eropah dilanda gelombang haba ekstrem, kebakaran hutan merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Eropah ketika ini dilanda gelombang haba ekstrem yang boleh memecahkan rekod suhu paling panas di seluruh benua.

Memetik laporan Metro, bacaan suhu meningkat melebihi purata untuk bulan Julai malah sudah mencecah 47 darjah Celsius di Ourense, utara Sepanyol.

Perancis, Sepanyol dan Portugal dilanda kebakaran hutan yang dahsyat dengan ratusan penduduk cuba menyelamatkan kediaman dan haiwan mereka.

Kebimbangan itu semakin memuncak di Balkan apabila musim kemarau berpanjangan melanda Greece dan Bulgaria.

Penduduk Britain juga dalam keadaan bersiap sedia selepas Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca panas melampau selama 72 jam, bermula Ahad hingga Selasa.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Meteorologi Dunia, Clare Nullis memaklumkan selain Portugal dan Sepanyol, gelombang haba itu berkemungkinan merebak ke tempat lain.

“Ia menjejaskan sebahagian besar Eropah dan dijangka merebak secara meluas,” katanya dalam taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ratusan anggota bomba dan kru kecemasan berusaha memadam kebakaran yang melanda di barat daya Perancis, kelmarin.

Ribuan penduduk dan pelancong terpaksa berpindah selepas api merebak ke seluruh kawasan hutan seluas 1,500 hektar.

Dua kebakaran terbesar Gironde berlaku sekitar bandar Landiras, selatan Bordeaux yang menyaksikan bacaan suhu mencecah 38 darjah Celsius.

Satu lagi kebakaran hutan berlaku sepanjang Pantai Atlantik, berhampiran lokasi ikonik Dune du Pilat.

Sekurang-kurangnya 6,000 orang dari sekitar tapak perkhemahan dipindahkan ke tempat selamat.

Kebakaran juga melanda seluruh wilayah tengah Portugal sehingga memaksa 300 penduduk dipindahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN