India bantah IMF lulus bayaran AS$1b kepada Pakistan 

India bantah IMF lulus bayaran AS$1b kepada Pakistan 

PENDUDUK berkumpul di hadapan sebuah restoran yang rosak akibat letupan dron yang ditembak jatuh berhampiran Stadium Kriket Rawalpindi di Punjab, Pakistan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: India membantah tindakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan semakan program pinjaman untuk Pakistan yang membuka jalan kepada pembayaran dana berjumlah kira-kira AS$1 billion (RM4.28 bilion).

India yang mewakili Bhutan, Sri Lanka dan Bangladesh dalam lembaga IMF  berkecuali dalam pengundian berikutan ketegangan semasa dengan Pakistan.

Pegawai mengesahkan keempat-empat negara tersebut berkecuali atas keputusan India.

Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Kewangan India menyuarakan kebimbangan terhadap keberkesanan program IMF ke atas Pakistan memandangkan rekod prestasinya yang lemah.

New Delhi turut memberi amaran dana tersebut mungkin disalahgunakan oleh Pakistan untuk menyokong aktiviti keganasan rentas sempadan yang didakwa ditaja oleh negara itu.

Pakistan hampir muflis pada tahun 2023, apabila krisis politik yang berpanjangan memburukkan kemerosotan ekonomi dan melonjakkan beban hutang negara ke tahap kritikal.

Negara itu diselamatkan melalui pakej bantuan IMF bernilai AS$7 billion (RM30 bilion) yang juga bantuan ke-24 sejak tahun 1958.

“Pihak berkuasa telah menunjukkan pelaksanaan program yang kukuh, yang menyumbang kepada peningkatan keadaan pembiayaan dan luaran, serta pemulihan ekonomi berterusan,” kata IMF dalam satu kenyataan, mengesahkan kelulusan semakan pinjaman pertama, sebagaimana dilaporkan media sebelum ini.

Lembaga pengarah IMF turut meluluskan permohonan Pakistan bagi program pinjaman baharu sebanyak AS$1.4 billion (RM6 billion), yang bertujuan menyokong usaha negara itu dalam membina ketahanan ekonomi terhadap risiko perubahan iklim dan bencana alam.

Keputusan lembaga IMF dibuat ketika konflik antara India dan Pakistan semakin memuncak, dengan lebih 50 orang terbunuh selepas tiga hari serangan peluru berpandu, artileri dan dron.

Semalam, Pakistan mengumumkan melancarkan operasi ketenteraan ‘Bunyan-un-Marsoos’ terhadap India menggunakan peluru berpandu jarak sederhana jenis Fateh bagi menyerang kemudahan simpanan peluru berpandu serta pangkalan udara India di Pathankot dan Udhampur.

Serangan dilakukan sebagai tindak balas selepas Pakistan berkata, India menembak peluru berpandu ke arah tiga pangkalan udara di Pakistan, termasuk satu yang terletak di pinggir ibu negara Islamabad.

Tindakan itu menyebabkan lebih 32 lapangan terbang di bahagian barat dan utara India, termasuk Srinagar dan Chandigarh ditutup untuk penerbangan awam sehingga 15 Mei.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN