Thailand: Pemilik kelab malam Mountain B mengaku bersalah - Utusan Malaysia

Thailand: Pemilik kelab malam Mountain B mengaku bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pemilik kelab malam Mountain B, Phongsiri Panprasong mengaku bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya membabitkan insiden kebakaran di premis miliknya sehingga menyebabkan 15 orang dan 38 cedera.

Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Mountain B yang terletak di daerah Sattahip wilayah Chonburi, Bangkok pada Jumaat lalu.

Lapor Bangkok Post, menurut peguam, Anucha Wongsirat, anak guamnya berasa kecewa dengan kejadian yang berlaku dan mengaku mengendalikan kelab malam tanpa kebenaran dan kecuaian membawa kepada kematian dan kecederaan.

Selain membuat pengakuan, peguam itu berkata, Panprasong akan menawarkan bantuan kewangan awal kepada semua pihak terjejas akibat kebakaran itu, dengan 50,000 bhat (RM6,231) diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang maut manakala 10,000 bhat (RM1,246) kepada mangsa cedera.

Katanya, pihak berkaitan diminta menghubungi pengurusan kelab malam itu dengan segera untuk mendapatkan pampasan berkenaan.

Selain itu, Wongsirat berkata, permohonan ikat jamin bagi Phongsiri yang dalam tahanan polis sejak Sabtu lalu, difailkan hari ini.

Sementara itu, isteri Panprasong iaitu Anongnat, 31, berkata, dia dan suaminya singgah di kelab malam itu sebelum insiden kebakaran berlaku pada awal pagi Jumaat.

Katanya, mereka berada di sana kerana mahu memeriksa sistem audio baharu yang dipasang pada petang kejadian.

Bagaimanapun, sejurus selepas memasuki kelab malam itu, letupan kuat berlaku diikuti api membakar bahagian dalam kelab itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.