WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, jacinda Ardern hari ini melanjutkan lagi perintah berkurung di seluruh negara walaupun menyatakan kes jangkitan Covid-19 ketika ini masih belum memuncak.
Perintah berkurung itu dilanjutkan lagi tiga hari sehingga 27 Ogos ini, manakala Auckland yang menjadi pusat penularan akan menjalani sekatan sehingga hujung bulan ini.
“Langkah yang paling selamat untuk kita semua ketika ini adalah melaksanakan perintah berkurung yang lebih lama,” kata Ardern dalam sidang akhbar.
Jumlah kes jangkitan Covid-19 akibat varian Delta di negara ini sudah meningkat kepada 107 kes.
Kementerian kesihatan memaklumkan, sebanyak 33 kes jangkitan baharu direkodkan di Auckland, manakala dua lagi di Wellington.
Selain itu, terdapat lebih 320 lokasi yang dikaitkan dengan penularan dan 13,000 kontak sudah direkodkan. – REUTERS