Jutaan penduduk China jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Jutaan penduduk China jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEJING: Beberapa bandar China menjalankan saringan Covid-19 secara besar-besaran melibatkan jutaan penduduk, ketika pihak berkuasa negara ini bergelut mengekang gelombang jangkitan yang disifatkan terburuk dalam tempoh beberapa bulan.

China hari ini merekodkan 75 kes baharu dengan 53 kes tempatan, manakala satu kluster yang dikaitkan dengan sebuah lapangan terbang di Nanjing, wilayah Jiangsu sudah pun merebak ke 20 bandar dan 12 wilayah.

Penularan itu dikategorikan yang terbesar di China dalam tempoh beberapa bulan selepas negara ini berjaya mengawal pandemik Covid-19.

Namun, kejayaan itu tidak lama selepas kemunculan varian Delta yang mudah berjangkit.

Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa kesihatan China melakukan tiga siri ujian saringan terhadap 9.2 juta penduduk di Nanjing.

Selain itu, perintah berkurung dan pergerakan juga dilaksanakan bagi mengelak kes jangkitan terus bertambah.

Pihak berkuasa juga bertungkus-lumus mengesan individu yang melakukan perjalanan dari Nanjing atau Zhangjiajie iaitu bandar pelancongan di wilayah Hunan.

Hunan kini melaksanakan perintah berkurung terhadap 1.5 juta penduduknya serta menutup semua kawasan pelancongan.

Kes baharu turut direkodkan di pulau Hainan, wilayah Ningxia dan Shandong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya