China bangunkan 71 vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

China bangunkan 71 vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China dilaporkan giat menghasilkan 71 vaksin Covid-19 yang berkesan menentang varian Delta, sekali gus menjadikan China sebagai negara paling banyak membangunkan vaksin di dunia.

Pakar epidemiologi China, Zhong Nanshan berkata, sekiranya kesemua vaksin itu diluluskan, ia dapat dijadikan sebagai bekalan kecemasan untuk kegunaan dalam negara mahupun antarabangsa.

Selain itu, penghasilkan kesemua vaksin berkenaan dapat memberi ruang serta peluang kepada China untuk menerokai teknologi baharu sebagai usaha memerangi pandemik lain pada masa akan datang.

“Sebanyak sembilan daripada 71 vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh negara ini sudah pun digunakan.

Dua daripadanya diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu keluaran Sinovac dan Sinopharm,” katanya.

Jelas Nanshan, vaksin yang dihasilkan oleh negara ini berkesan mengurangkan kadar jangkitan, gejala teruk dan boleh menentang varian Delta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN