Bhutan hampir ‘tewaskan’ Covid-19 - Utusan Malaysia

Bhutan hampir ‘tewaskan’ Covid-19

ORANG ramai menunggu giliran untuk menerima vaksin Covid-19 di Thimpu, Bhutan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THIMPU: Bhutan dilaporkan sudah memberi suntikan dos kedua vaksin Covid-19 kepada hampir semua populasinya dalam tempoh seminggu.

Lebih 454,000 dos suntikan diberikan dalam tempoh seminggu di negara ini, menyaksikan lebih 85 peratus daripada 530,000 penduduknya sudah menerima vaksin.

Kejayaan itu dicapai selepas beberapa negara maju menyumbang bekalan vaksin kepada Bhutan.

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Bhutan, Will Parks memuji kejayaan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘kemenangan untuk Bhutan’ dalam melawan Covid-19.

“Negara kecil tidak menghalang Bhutan melawan ancaman Covid-19 dengan penuh komited dan situasi ini boleh dicontohi oleh negara lain.

“Dengan jumlah doktor dan jururawat yang sedikit, mereka berjaya melakukannya kerana raja dan barisan kepemimpinan negara ini sentiasa berusaha memastikan rakyat bebas ancaman Covid-19,” katanya.

Bhutan menerima 550,000 vaksin AstraZeneca yang disumbangkan oleh India pada Mac dan April lalu untuk suntikan dos pertama.

Berikutan selang masa vaksin dos pertama dan kedua yang lama, Bhutan membuat keputusan memohon sumbangan vaksin dari negara maju.

Sehubungan itu, setengah juta vaksin Moderna dan kira-kira 250,000 vaksin AstraZeneca tiba di negara ini, membolehkan hampir kesemua populasinya menerima vaksinasi lengkap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.