Korea Selatan: Sembilan maut dalam insiden bangunan runtuh - Utusan Malaysia

Korea Selatan: Sembilan maut dalam insiden bangunan runtuh

PASUKAN penyelamat sedang mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Gwangju, Korea Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut selepas sebuah bangunan lima tingkat yang sedang dirobohkan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan serpihannya menimpa sebuah bas di Korea Selatan.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku di bandar Gwangju, barat daya Seoul, semalam.

Rakaman yang disiarkan di televisyen menunjukkan bas tersebut tertimbus di bawah serpihan runtuhan dan debu masih menyelubungi lokasi kejadian.

Bas yang membawa 17 penumpang dilaporkan berhenti di sebuah stesen berhampiran tapak pembinaan yang mana kemalangan itu berlaku.

Menurut Jabatan Bomba, sembilan penumpang terbunuh dan lapan lagi mengalami cedera parah.

Jelasnya, semua pekerja di tapak pembinaan sudah dipindahkan sebelum insiden runtuhan itu.

Pihak berkuasa berkata, setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Katanya, polis telah melancarkan siasatan terhadap insiden itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN