Empat warga Myanmar ditahan cuba lolos ke Malaysia - Utusan Malaysia

Empat warga Myanmar ditahan cuba lolos ke Malaysia

MONG FIEW ditahan oleh polis di luar sebuah kedai serbaneka di daerah Sadao, Songkhla. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA: Sebanyak empat pendatang warga Myanmar yang cuba memasuki Malaysia untuk bekerja dan seorang ejen mereka, ditahan di daerah Sadao, wilayah selatan sempadan Thailand.

Lapor Bangkok Post, ejen yang dikenali sebagai Mong Fiew, 34, ditahan di luar sebuah kedai serbaneka di daerah Sadao selepas tiba di premis itu untuk membeli barang keperluan.

Individu itu ditahan oleh sepasukan unit polis dan tentera selepas penahanan empat ejen lain yang terdahulu menamakan Mong Fiew sebagai rakan sekerjanya.

Mong Fiew kemudian membawa pasukan itu ke sebuah rumah sewa di Tambon Prik, daerah Sadao yang menempatkan empat warga Myanmar tersebut.

Menurut polis, empat warga Myanmar itu terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan hanya dua orang sahaja memiliki pasport.

Kesemua ditahan untuk disoal siasat dan dibawa bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

Jelas polis, warga Myanmar berkenaan mengaku menunggu pengangkutan bagi membawa mereka memasuki Malaysia untuk bekerja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya