Polis siasat misteri lima sekeluarga diracun di Bekasi - Utusan Malaysia

Polis siasat misteri lima sekeluarga diracun di Bekasi

PASUKAN penyiasat mengambil sampel daripada rumah mangsa keracunan di Desa Ciketing Udik di wilayah Bantar Gebang.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan polis di bandar Bekasi sedang menyiasat misteri kehilangan seorang lelaki selepas keluarganya didakwa diracun di sebuah rumah di Desa Ciketing Udik di wilayah Bantar Gebang.

Lapor Kompas.com, polis masih menyiasat punca lima sekeluarga terdiri daripada empat orang dewasa dan seorang kanak-kanak yang mengalami keracunan makanan yang teruk di rumah sewa berkenaan Khamis lalu. 

Tiga daripada lima mangsa malah meninggal dunia iaitu Ai Maimunah, Ridwan Abdul Muiz, dan Muhamad Riswandi. 

Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia merupakan ibu dan anak kandung sementara anak bongsu Maimunah dan kakak iparnya  terselamat dan masih dirawat di hospital.

Ketika kejadian, suami Maimunah menghilangkan diri tanpa khabar berita walaupun selepas kisah keluarganya diracun tersebar di media.

Malah jenazah Maimunah dan dua anak lelakinya yang meninggal dunia dituntut oleh bekas suami wanita itu, dikenali sebagai Didin dan ketiga-tiga mangsa dikebumikan di Cianjur.

Berdasarkan kenyataan Didin, dua motosikal milik Ridwan dan Riswandi turut hilang di tempat kejadian. 

“Polis kini masih menyiasat kejadian itu untuk mengetahui sama ada mangsa mengalami keracunan makanan atau terdapat perbuatan jahat untuk meracun mereka.

“Lebih 12 sampel makanan dari rumah berkenaan termasuk botol air mineral, bungkusan kopi dan beras sudah diambil untuk pemeriksaan lanjut.

“Petugas dari Pusat Kesihatan Bantar Gebang dan Perkhidmatan Kesihatan Kota Bekasi turut dikerahkan untuk mencari barang milik mangsa dan mengambil sampel kesan muntah dan najis mangsa,” jelas polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya