Malu anak sering buang air merata, ibu bapa pukul anak austisme sampai mati - Utusan Malaysia

Malu anak sering buang air merata, ibu bapa pukul anak austisme sampai mati

IBU bapa mangsa kini ditahan polis untuk siasatan di Musi Banyuasin, Sumatera Selatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSI BANYUASIN: Seorang kanak-kanak autisme maut selepas didakwa didera oleh ibu bapanya dalam satu kejadian, di sini baru-baru ini.

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu didakwa sering dipukul bertubi-tubi oleh ibu bapanya kerana kerap membuang air di merata tempat.

Keaadan itu mencetuskan rasa malu pada ibu bapanya terhadap jiran mereka.

Menurut jurucakap polis Musi Banyuasin, pada hari kejadian, kanak-kanak istimewa itu dikatakan membuang air besar menyebabkan ibu bapanya ‘naik hantu’ lalu memukulnya dengan paip getah.

“Bapa mangsa turut menendang alat kelamin anaknya sebanyak beberapa kali, manakala ibunya pula memukul kepala kanak-kanak itu menggunakan gayung sehingga dia pengsan.

“Pasangan suami isteri itu hanya membiarkan anak mereka pengsan dan kanak-kanak itu hanya dibawa ke hospital oleh jiran yang mengetahui kejadian tersebut,” jelas jurucakap polis.

Selepas tiba di hospital, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati banyak kesan lebam serta luka pada tubuh mangsa.

Hospital melaporkan perkara itu kepada polis dan kedua ibu bapa mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ibu bapa mangsa mengaku memukul anak mereka dan tidak menyangka ia berakhir dengan kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya