Thailand bayar pampasan alahan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Thailand bayar pampasan alahan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pejabat Keselamatan Kesihatan Kebangsaan Thailand (NHSO) sehingga kini sudah membayar pampasan berjumlah hampir satu juta baht (RM132,504) kepada 150 individu yang mengalami alahan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Lapor Nation Thailand, 131 daripada jumlah tersebut mengalami alahan ringan, 15 alahan sederhana dan empat dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin.

Setiausaha Agung NHSO, Dr. Jadet Thammathat-Aree berkata, setiap individu atau keluarga terlibat boleh membuka kes di semua hospital kerajaan, klinik kesihatan dan cawangan NHSO di seluruh negara jika berlaku sebarang alahan.

“Setiap kes memerlukan masa sehingga lima hari untuk diteliti sebelum bayaran pampasan ditentukan.

“Jumlah pampasan itu ditentukan mengikut tahap alahan yang dialami, termasuk jika menyebabkan kematian atau kecacatan kekal,” katanya.

Jelas Aree, pampasan itu akan diberikan kepada pihak terlibat tanpa membezakan jenis vaksin yang diterima, sama da menerusi hospital kerajaan mahupun swasta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya