KAHERAH: Seorang wartawan mendakwa ahli perniagaan Sinai, Ibrahim al-Arjani menjadi individu yang menyelamatkan seorang kanak-kanak Palestin yang gambarnya mendukung adik kecil di tengah kemusnahan Gaza tular di seluruh dunia. Dalam catatan di Facebook, Khaled Abu Bakr yang dikenali rapat dengan pihak pembuat dasar negara itu, memuji al-Arjani serta Kesatuan Kabilah Sinai kerana berikrar menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut sebaik sahaja mereka tiba di Mesir. “Saya hubungi Ibrahim al-Arjani dan beritahu mahu…