Seorang lagi penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Seorang lagi penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang penduduk Palestin ketika melakukan serbuan di Tebing Barat yang diduduki rejim zionis itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin ketika tentera Israel mendakwa batu dilemparkan ke arah pasukannya semasa serbuan itu.

Samir Aouni Harbi Aslan, 41, maut akibat ditembak di bahagian dada oleh pasukan tentera Israel.

Kejadian itu berlaku semasa pencerobohan di kem Qalandia bagi pelarian Palestin berhampiran Ramallah.

Wakil ketua kem Qalandia, Mohammed Saed berkata, Samir maut ditembak ketika tentera Israel menyerbu rumahnya.

Katanya, Samir dibunuh di rumahnya namun mangsa tidak terlibat dalam sebarang pergaduhan dan hanya cuba mempertahankan anaknya daripada ditahan.

Samir merupakan penduduk Palestin yang ketiga dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam dan yang ketujuh sejak awal tahun ini.

Semalam, seorang penduduk Israel menembak mati remaja Palestin berusia 19 tahun kerana menikam seorang penduduk Israel berhampiran penempatan di selatan Tebing Barat.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas tentera Israel membunuh seorang tentera Palestin dalam pertempuran semasa pencerobohan tentera Israel di bandar Nablus.

Dalam pada itu, tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan pasukannya terpaksa melepaskan tembakan ke arah individu yang melemparkan batu dan objek lain dari atas bumbung terhadap anggota yang melakukan operasi di kem itu.

Sementara itu, kumpulan advokasi Kelab Tahanan Palestin memaklumkan seramai 18 orang ditahan dalam serbuan yang dilakukan di seluruh Tebing Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya