Dua penduduk Palestin maut ditembak Israel di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Dua penduduk Palestin maut ditembak Israel di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NABLUS: Tentera Israel membunuh dua penduduk Palestin dalam satu serbuan dilakukan di Tebing Barat.

Menurut pihak berkuasa Palestin, insiden itu berlaku ketika pasukan tentera merobohkan rumah milik dua mangsa berkenaan yang dituduh telah membunuh seorang anggota tentera Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan Mohammad Samer Hoshieh, 22, maut akibat ditembak di bahagian dada.

Jelasnya, Fuad Mohammad Abed, 25, meninggal dunia selepas ditembak di bahagian perut dan kaki semasa serbuan tentera Israel di Jenin.

Dalam pada itu, tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan tentera memasuki perkampungan Kafr Dan di Jenin untuk merobohkan rumah penyerang yang terlibat dalam insiden tembakan bersebelahan Gilboa Crossing yang mana Mejar Bar Falah terbunuh.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai kematian penduduk Palestin tersebut.

Pada September tahun lalu, Bar Falah terbunuh semasa pertempuran dengan sekumpulan lelaki bersenjata di pusat pemeriksaan Gilboa yang terletak antara Israel dan Tebing Barat.

Selepas beberapa hari, Briged Al-Aqsa, sayap tentera Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengaku bertanggungjawab atas kematian anggota tentera Israel itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya