2022 tahun paling berdarah buat Palestin

2022 tahun paling berdarah buat Palestin

RAKYAT Palestin terpaksa menanggung derita sejak sekian lama akibat serangan Zionis Israel yang tidak pernah berkesudahan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Angka 2022 mencatatkan sebagai tahun paling berdarah buat rakyat Palestin yang dijajah Israel di Tebing Barat sejak lima dekad lalu.

Penjajahan Israel di Tebing Barat bermula pada 7 Jun 1967 semasa Perang Enam Hari apabila Israel menduduki Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur dan berterusan hingga ke hari ini.

Konflik yang tidak pernah berkesudahan, serbuan rambang pihak tentera serta pembunuhan seorang wartawan Palestin yang sangat disegani mencalarkan kalendar kemanusiaan tahun ini.

Berikut merupakan enam insiden penting yang berlaku di Palestin sepanjang 2022:

KONFLIK DI GAZA

Kurang tempoh 15 bulan selepas pengeboman di Semenanjung Gaza oleh Zionis Israel, wilayah bergolak tersebut diserang jet pejuang Israel selama tiga hari.

Insiden yang tercetus sejak awal Ogos lalu, mengorbankan 49 nyawa rakyat Palestin termasuk 17 kanak-kanak.

Penahanan pemimpin Jihad Islam Palestin (PIJ) di Tebing Barat oleh tentera Israel mencetuskan ketegangan sehingga menyebabkan Zionis menambah jumlah tentera di sempadan Israel dan Gaza.

PASUKAN PERTAHANAN

Antara perubahan besar yang berlaku di Tebing Barat tahun ini adalah pertambahan pasukan pertahanan bersenjata di bandar utara Jenin dan Nablus.

Kemunculan pasukan itu bermula sejak September tahun lalu, menerusi pembentukan pasukan pertama digelar Briged Jenin di bandar kem pelarian susulan pembunuhan rakyat Israel, Jamil al-Amouri, Jun lalu.

Ini diikuti dengan penubuhan Briged Nablus, Lion’s Den, Briged Balata, Briged Tubas dan Briged Yabad.

Penubuhan kumpulan tersebut kebiasaannya terdiri daripada ahli pelbagai parti tradisional Palestin, namun berbeza dengan kemunculan kumpulan baharu yang enggan dikaitkan dengan parti atau gerakan tertentu.

PEMBUNUHAN SETIAP HARI

Susulan serangan individu di Israel sejak Mac lalu, pihak Zionis melancarkan kempen ketenteraan digelar ‘Break the Wave’ yang merangkumi serbuan setiap hari, penahahan besar-besaran di Tebing Barat khususnya di Jenin dan Nablus.

Orang awam yang berkonfrontasi dengan tentera Israel semasa serbuan itu akan dibunuh termasuk pejuang Palestin yang menjadi sasaran pembunuhan semasa pertempuran bersenjata.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 170 rakyat Palestin dibunuh di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, melibatkan lebih 30 kanak-kanak, manakala 9,000 yang lain tercedera.

Pembunuhan paling kejam melibatkan kematian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang ditembak mati ketika berdiri di bumbung rumahnya semasa serbuan oleh pihak tentera.

Pemerhati, diplomat dan kumpulan hak asasi melahirkan ‘kebimbangan’ terhadap penyalahgunaan kuasa di Tebing Barat tahun ini sehingga menyaksikan lonjakan angka kematian saban hari.

PEMBUNUHAN SHIREEN ABU AKLEH

11 Mei lalu mencatatkan satu lagi peristiwa menyedihkan apabila tentera Israel menembak mati wartawaran tersohor Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh semasa wanita itu membuat liputan di kem pelarian Jenin.

Shireen, 51, adalah seorang koresponden American TV bagi stesen bahasa Arab Al-Jazeera yang berasal dari Palestin.

Lebih 25 tahun wanita itu berkecimpung sebagai wartawan dan membuat liputan mengenai pendudukan Israel di wilayah Palestin.

Pembunuhan Shireen mendapat perhatian meluas masyarakat antarabangsa dan mencetuskan gelombang bantahan dari seluruh dunia.

PILIHAN RAYA

Pilihan Raya Parlimen Israel kelima diadakan dalam tempoh kurang empat tahun pada tahun ini.

Keputusan pilihan raya menyaksikan Kerajaan Israel yang paling lama memerintah gagal membentuk kerajaan stabil, sekali gus memberi laluan kepada kerajaan berhaluan kanan dalam sejarah 74 tahun pembentukan negara haram tersebut.

SERANGAN PENEROKA HARAM

Serangan oleh peneroka haram Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat semakin melampau-lampau.

Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin dibunuh oleh peneroka Israel tahun ini, sambil disaksikan oleh tentera Israel sendiri di depan mata.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi kenyataan 15 Disember lalu menjelaskan 2022 adalah tahun keenam menyaksikan peningkatan jumlah serangan peneroka Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya