Berkhalwat dalam kereta, pasangan didenda beli kerbau dan 150 kilogram beras - Utusan Malaysia

Berkhalwat dalam kereta, pasangan didenda beli kerbau dan 150 kilogram beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMBI: Sepasang kekasih yang ditangkap berkhalwat dalam kereta, di sini baru-baru ini didenda membayar sejumlah wang bersamaan dengan harga seekor kerbau dan 150 kilogram beras.

Denda itu ditetapkan berdasarkan sidang adat selepas pasangan itu mengaku melakukan perkara tidak senonoh di dalam kereta.

Pasangan itu ditangkap ketika berdua-duaan di dalam kereta dan mereka dihadapkan ke sidang adat kampung Koto Renah sambil disaksikan oleh ibu bapa mereka.

Ketua Kampung Koto Renah, Afiantoni berkata, jumlah denda itu bersamaan lima juta rupiah (RM1,463).

“Pasangan kekasih itu akan dinikahkan segera bagi mengelak isu lebih berat berlaku selepas ini.

“Hal ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua golongan supaya tidak melakukan maksiat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya