Arab Saudi tetapkan hanya pelajar lengkap vaksinasi boleh ke sekolah - Utusan Malaysia

Arab Saudi tetapkan hanya pelajar lengkap vaksinasi boleh ke sekolah

Hanya murid yang sudah divaksin sepenuhnya dibenarkan ke sekolah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Menteri Pendidikan Arab Saudi mengumumkan hanya pelajar yang sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya boleh kembali ke sekolah apabila sesi persekolahan bermula pada 29 Ogos ini.

Lapor Arab News, bagi murid tadika dan sekolah rendah, mereka dikecualikan meneruskan sesi persekolahan sehingga mencapai sasaran 70 peratus imuniti kelompok menerusi dua suntikan vaksin. 

Arab Saudi sudah melaksanakan suntikan vaksin sebanyak 27.2 juta dos dengan 8.25 juta penduduk menerima vaksin sepenuhnya. 

Menurut kementerian, janji temu akan diberikan kepada kakitangan sekolah dan murid yang layak untuk vaksinasi secepat mungkin sebelum sesi persekolahan bermula. 

Sehingga kelmarin, sebanyak 1,084 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 8,249 kes di negara ini. 

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed Al-Abd Al-Aly menasihatkan golongan wanita mengandung menerima vaksin. 

Beliau mengesahkan keselamatan dan keberkesanan vaksin ekoran sebilangan besar bilangan golongan itu yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya