Israel sekat cukai pendapatan Palestin - Utusan Malaysia

Israel sekat cukai pendapatan Palestin

SEORANG lelaki menyertai demonstrasi bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza City baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel akan menyekat sebanyak tujuh peratus atau kira-kira AS$180 juta (RM753.6 juta) daripada cukai pendapatan tahun lepas yang dikumpul oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Tindakan itu dilakukan atas alasan untuk mengekang ‘pembiayaan’ terhadap kumpulan militan dan keluarga mereka.

Di bawah undang-undang 2018, Israel akan mengira setiap tahun berapa peruntukan yang diberikan oleh PA kepada kumpulan militan dan menolak jumlah itu dari cukai yang dikumpul bagi pihak Palestin.

Cukai yang diambil oleh Israel menjana kira-kira separuh daripada pendapatan PA dan ketua hal ehwal penjara di Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Qadri Abu Baker menyifatkan tindakan Zionis itu sebagai ‘kegiatan pengganas dan lanun’.

Israel sebelum ini percaya PA ‘membayar gaji’ setiap bulan kepada kumpulan pejuang yang didakwa sebagai militan oleh Zionis.

Pihak berkuasa Israel mendakwa pembiayaan itu menggalakkan aktiviti keganasan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya