`Penyembelih Bosnia' kekal dijel seumur hidup - Utusan Malaysia

`Penyembelih Bosnia’ kekal dijel seumur hidup

BEKAS komander tentera Serbia Bosnia, Ratko Mladic. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Bekas komander tentera Serbia Bosnia, Ratko Mladic gagal dalam rayuannya untuk menggugurkan kesalahan melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Lapor BBC, sebuah tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Belanda mengekalkan hukuman penjara seumur hidup Mladic yang dijatuhkan pada 2017 atas peranannya dalam jenayah kejam dilakukan ketika Perang Bosnia 1990an.

Mladic memainkan peranan penting dalam pembunuhan kira-kira 8,000 lelaki Islam Bosnia termasuk budak lelaki di Srebrenica, 1995.

Panel lima hakim tribunal di The Hague mendapati Mladic gagal mengemukakan bukti untuk menggugurkan kesalahan terdahulu dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, panel itu juga menolak rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang cuba mendapatkan sabitan kedua ke atas Mladic berhubung jenayah dilakukan terhadap penduduk Islam Bosnia dan Bosnia Croatia di beberapa kawasan ketika perang.

Mladic yang dikenali sebagai ‘penyembelih Bosnia’ merupakan antara suspek terakhir menghadapi perbicaraan di Tribunal Jenayah Antarabangsa PBB yang membicarakan kes perang bekas negara Yugoslavia.

Mladic ditahan pada 2011 selepas melarikan diri hampir 16 tahun.

Pada 2017, Mladic didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica.

Namun, Mladic dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan beramai-ramai semasa tentera dibawah arahannya pada 1992.

Dilaporkan, ketika itu, penduduk Islam Bosnia dan Bosnia Croatia diusir daripada rumah mereka atau ditahan dalam keadaan mengerikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya