MONTREAL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelar sikap sejumlah syarikat multinasional yang lebih mengutmakan keuntungan berbanding pemuliharaan alam semula jadi.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menegaskan, sikap tamak yang mementingkan kekayaan itu menjadikan ekosistem dunia sebagai ‘sumber keuntungan’, sekali gus dibimbangi memudaratkan penduduk global.
“Dengan sikap rakus yang tiada had untuk membangunkan ekonomi sehingga tidak terkawal dan seimbang, manusia sendiri yang menjadi ‘senjata kepupusan besar-besaran’,” katanya.
Guterres berada di Montreal bagi menyampaikan ceramah sempena persidangan biodiversiti.
Persidangan yang dikenali sebagai COP15 itu mendedahkan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan yang semakin terancam serta krisis berkaitan.
Sebelum Guterres menyampaikan ceramahnya, lebih 10 penunjuk perasaan Orang Asli mengganggu ucapan Perdana Menteri Kana, Justin Trudeau yang menjadituan rumah bersama acara itu dengan China.
Kumpulan itu membawa sepanduk tertera ‘Pembunuhan Orang Asli, Pembunuhan Alam Sekitar’ dan ‘Henti ceroboh tanah kami bagi selamatkan biologi’.
COP15 merupakan acara berbeza dengan COP27 yang lebih menumpukan isu berkaitan iklim.
Dalam pada itu, Guterres menjelaskan dunia berdepan cabaran menggerunkan dengan sejuta spesise menghadapi risiko kepupusan, iaitu satu pertiga daripada semua tanah rosak teruk dan tanah rubuh hilang.
Selain itu, pencemaran dan perubahan iklim mempercepatkan pencemaran lautan.
“Kemusnahan itu mengakibatkan kerugian ekonomi yang yang dianggarkan berjumlah AS$3 trilion (RM13.18 trilion) setiap tahun mulai 2030,” ujarnya. – AFP