Beri keutamaan vaksin Covid-19 kepada guru - Utusan Malaysia

Beri keutamaan vaksin Covid-19 kepada guru

UNICEF gesa supaya golongan guru juga diberi keutamaan terima suntikan vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) harı ini menggesa supaya golongan guru menjadi antara kumpulan yang diberi keutamaan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Henrietta Fore dalam satu kenyataan memaklumkan pandemik Covid-19 menjejaskan sistem pendidikan di seluruh dunia dan mengutamakan guru dalam pemberian suntikan vaksin boleh memulihkan semula sektor tersebut.

“Guru juga merupakan petugas barisan hadapan, sama seperti kakitangan perubatan yang bertungkus-lumus memastikan jangkitan Covid-19 dapat dicegah.

“Suntikan vaksin dapat melindungi guru dan membolehkan mereka mengajar semula,” katanya.

Menurut UNICEF, penutupan sekolah menjejaskan hampir 90 peratus pelajar di seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya