HAVANA: Pelajar universiti di Cuba menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga data internet dengan menggesa boikot kuliah sebagai tanda protes. Seorang daripada pelajar di Universiti Havana, Haydee Fernandez berkata, mereka menyeru semua pelajar meneruskan mogok dan menegaskan Persekutuan Pelajar Universiti (FEU) adalah suara revolusioner sejak awal. “Kita perlu buat mogok dan semua pelajar perlu bersatu kerana FEU adalah organisasi pelajar dan oleh itu, badan itu bersifat revolusioner sejak…










