10 maut, 5 cedera insiden runtuhan lombong di Zambia

10 maut, 5 cedera insiden runtuhan lombong di Zambia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUSAKA: Seramai 10 pelombong dilaporkan maut, manakala lima yang lain terselamat selepas lombong tempat mereka bekerja runtuh, menyebabkan beberapa individu terperangkap di bawah runtuhan.

Insiden itu berlaku di lombong emas Luili di Daerah Mumbwa, kira-kira 150 kilometer ke barat ibu kota Zambia, Lusaka.

Menurut Pesuruhjaya Polis Wilayah Tengah, Charity Chanda, kejadian berlaku apabila sekumpulan pelombong memasuki kawasan lombong tersebut untuk menjalankan aktiviti melombong sebelum tanah tiba-tiba runtuh dan menimbus mereka.

“Beberapa individu yang tidak diketahui jumlahnya memasuki kawasan lombong pagi tadi untuk menjalankan aktiviti melombong, namun semasa kerja-kerja itu berlangsung, berlaku tanah runtuh yang menimbus mereka,” kata Chanda dalam satu kenyataan.

Usaha menyelamat berjaya mengeluarkan enam pelombong yang mengalami kecederaan, manakala sembilan pelombong disahkan maut di tempat kejadian.

Malangnya, salah seorang daripada enam pelombong yang cedera meninggal dunia di hospital misi Nangoma akibat kecederaan parah.

Chanda turut memaklumkan usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap, manakala mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Misi Nangoma yang berdekatan.

Ahli Parlimen Nangoma, Collins Nzovu, yang juga Menteri Pembangunan Air dan Sanitasi Zambia, mendedahkan terdapat lima pelombong masih terperangkap di bawah runtuhan dan mengarahkan semua aktiviti melombong di kawasan tersebut dihentikan serta-merta.

Sementara itu, Presiden Zambia, Hakainde Hichilema, semasa merasmikan Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perlombongan Zambia di Lusaka pada hari yang sama, mengingatkan semua pihak agar sentiasa mengamalkan langkah keselamatan ketika menjalankan aktiviti melombong.

Beliau turut menegaskan kepentingan mendapatkan lesen untuk menjalankan perlombongan secara sah dan selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN