15 terbunuh dalam letupan pengebom berani mati di Somalia - Utusan Malaysia

15 terbunuh dalam letupan pengebom berani mati di Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 15 anggota tentera terbunuh apabila seorang pengebom berani mati menyerang sebuah kem latihan tentera di Mogadishu, Somalia.

“Kira-kira 15 rekrut baharu maut dalam insiden letupan itu,” kata pegawai tentera, Mohamed Adan.

Menurut Mohamed Adan, pihaknya menjangkakan angka kematian itu akan meningkat.

Jelasnya, pengebom berani mati itu menyamar dalam kalangan anggota baharu yang sedang beratur di Kem Tentera Jeneral Dhegobadan ketika letupan itu berlaku.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas insiden letupan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya