Iran dakwa tentera AS maut, dron musnah serangan di pangkalan udara Kuwait

Iran dakwa tentera AS maut, dron musnah serangan di pangkalan udara Kuwait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Rabu mendakwa anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan beberapa dron musnah dalam serangan peluru berpandu dan dron ke atas Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait.

Dalam satu kenyataan, IRGC berkata, pasukan daratnya melancarkan serangan gabungan menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas ibu pejabat serta kemudahan penginapan komander AS di pangkalan itu, sambil mendakwa sejumlah anggota AS terbunuh.

IRGC turut mendakwa serangan itu menyebabkan hangar dron dan landasan pelancaran dron terbakar serta memusnahkan beberapa dron yang menurutnya digunakan dalam serangan terhadap Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut IRGC, serangan itu dilancarkan serentak dengan serangan ke atas pangkalan AS di Jordan, Bahrain dan Erbil.

IRGC berkata, serangan berkenaan merupakan tindak balas terhadap serangan AS ke atas sebuah rumah kediaman di Sirik, selatan Iran, yang didakwa mengorbankan empat orang termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan hampir 70 orang.

Dalam kenyataan yang ditujukan kepada rakyat Kuwait, IRGC berkata, serangan itu menyasarkan kehadiran tentera AS di Kuwait dan bukannya rakyat Kuwait, selain menggesa pengunduran tentera AS dari negara itu.

Markas Pusat AS (CENTCOM) pada lewat Selasa mengumumkan pihaknya telah melancarkan serangan terhadap sasaran IRGC di Iran.

Susulan pengumuman itu, media Iran melaporkan letupan berlaku di Pulau Qeshm, selain di Bandar Abbas, Sirik, Chabahar dan Konarak.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini