Warga Indonesia maut selepas kapal kargo diserang di luar pantai Yemen - Utusan Malaysia

Warga Indonesia maut selepas kapal kargo diserang di luar pantai Yemen

SEORANG warga Indonesia mati selepas kapal kargo dinaikinya diserang di luar pantai Yemen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Serangan terhadap sebuah kapal kargo mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang berhampiran Selat Bab al-Mandeb di luar pantai selatan Yemen, menurut syarikat keselamatan maritim Britain, Vanguard, pada Selasa, dalam kejadian terbaharu di laluan perairan yang menjadi pertikaian itu.

“Dua anggota kru, masing-masing seorang warga Pakistan dan Indonesia, terbunuh, manakala empat yang lain, terdiri daripada tiga warga Pakistan dan seorang warga Indonesia, cedera,” kata agensi itu.

“Angkatan Laut Yemen kemudian dikerahkan untuk membantu kapal tersebut tetapi diserang, menyebabkan seorang lagi mangsa,” tambahnya.

Terdahulu, seorang sumber pengawal pantai Yemen di Mokha berkata, kapal berhampiran selat di pintu masuk Laut Merah itu telah diserang kumpulan Houthi yang disokong Iran, menyebabkan tiga anggota kru terbunuh.

“Kami berjaya menyelamatkan anggota kru yang lain,” tambah sumber itu.

Sumber lain mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kapal itu turut terkena projektil kedua ketika operasi menyelamat dijalankan. 

Bagaimanapun, sumber tersebut tidak memberikan jumlah mangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×