Pendaki rakam video glasier runtuh sebelum banjir berlaku di Nepal - Utusan Malaysia

Pendaki rakam video glasier runtuh sebelum banjir berlaku di Nepal

RUNTUHAN glasier besar di Himalaya yang mencetuskan banjir besar di Nepal. - NYT/Ziha Yitie
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Rakaman baharu yang dramatik mendedahkan detik sekumpulan pendaki menyaksikan runtuhan besar glasier di Himalaya, yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat sehingga memusnahkan beberapa kawasan di Nepal serta Tibet, Rabu lalu.

Video yang dirakam oleh seorang pemandu pelancong dari China di Tibet itu menunjukkan bongkah-bongkah besar ais pecah dan runtuh dari sebuah rabung di puncak Langtang Lirung, di bahagian Nepal berhampiran sempadan.

Para pendaki dilaporkan terdengar bunyi retakan yang kuat sebelum ais, batu dan serpihan menjunam ke lembah di bawah, sekali gus menghasilkan kepulan debu besar yang membumbung ke udara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Runtuhan glasier itu mencetuskan tanah runtuh yang membentuk sebuah tasik di lembah di bawahnya, sebelum arus deras air dan serpihan mengalir melalui sistem sungai di kawasan pergunungan menuju ke pintu sempadan Gyirong.

Satu lagi video menunjukkan serpihan meluncur deras menuruni lereng gunung sejurus selepas runtuhan berlaku, menandakan permulaan bencana yang kemudiannya memusnahkan komuniti di kawasan hilir.

Rakaman yang diperoleh dan disahkan oleh akhbar New York Times itu memberikan antara gambaran paling jelas setakat ini mengenai runtuhan glasier yang berlaku pada 26 Ogos.

Setakat ini, angka kematian akibat banjir di Nepal meningkat kepada 734 orang: kata pihak berkuasa bencana.

Bagaimanapun, jumlah orang hilang di Nepal selepas banjir meningkat kepada 2,498, tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini