Lima maut akibat banjir, ribut kuat di Indiana

Lima maut akibat banjir, ribut kuat di Indiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat ribut kuat dan banjir besar yang melanda negeri Indiana di barat tengah Amerika Syarikat (AS) minggu ini, menurut pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Puluhan penduduk berjaya diselamatkan dari kawasan yang dilanda banjir, manakala ratusan lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, lapor akhbar The Indianapolis Star.

Gabenor Indiana, Mike Braun berkata, ribut mula melanda negeri itu pada Selasa, dengan sistem cuaca berkenaan turut membawa aktiviti puting beliung dan ‘derecho’, iaitu ribut angin yang meluas dan berpanjangan.

Antara mangsa ialah seorang wanita berusia 58 tahun yang dipercayai maut selepas keretanya dihanyutkan arus banjir, seorang lelaki berusia 18 tahun yang terjun ke sungai yang sedang melimpah bersama rakan-rakannya, serta kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas sebatang pokok tumbang menimpa kediamannya, lapor media tempatan.

Rakaman berita menunjukkan sebuah sungai melimpah sehingga air berwarna coklat hampir mencecah bahagian bawah jambatan, manakala pasukan penyelamat dilihat bergerak menggunakan bot getah.

Braun berkata di X, beliau berbincang dengan Presiden AS, Donald Trump pada Sabtu mengenai ribut teruk dan banjir terburuk itu bagi memohon bantuan kerajaan persekutuan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Indiana, Jonathan Whitham berkata, operasi pembersihan dan pemulihan yang sangat besar diperlukan susulan bencana berkenaan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN