Indonesia siasat dakwaan rakyatnya sertai tentera Russia di Ukraine

Indonesia siasat dakwaan rakyatnya sertai tentera Russia di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia pada Isnin memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan beberapa rakyatnya menyertai tentera Russia dan dikerahkan untuk berperang di Ukraine.

Kementerian Luar Indonesia berkata, maklumat itu diperoleh daripada pihak berkuasa Ukraine dan kini sedang disahkan bersama beberapa kementerian serta institusi kerajaan.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak mendedahkan jumlah rakyat Indonesia yang disyaki terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekiranya dakwaan itu benar, individu terbabit berisiko kehilangan kewarganegaraan berdasarkan undang-undang yang mewajibkan rakyat Indonesia mendapatkan kebenaran presiden sekiranya mahu berkhidmat dalam tentera asing.

“Sekiranya penglibatan rakyat Indonesia dalam angkatan tentera negara asing disahkan, ia merupakan tindakan individu dan tidak mewakili dasar atau pendirian kerajaan Indonesia,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Indonesia secara tradisinya bukan sumber tentera upahan bagi Russia mahupun Ukraine, yang kedua-duanya merekrut pejuang asing sepanjang perang berkenaan.

“Maklumat mengenai identiti, status kewarganegaraan, proses perekrutan dan bentuk penglibatan individu yang disebut masih perlu disahkan dengan lebih lanjut.

“Kerajaan Indonesia juga akan menyiasat kemungkinan berlakunya penipuan, eksploitasi atau perekrutan melalui tawaran pekerjaan yang tidak menepati tujuan sebenar,” kata Kementerian Luar Indonesia.

Warga dari beberapa negara Afrika dilaporkan dipaksa menyertai tentera Russia untuk berperang di Ukraine selepas dipikat dengan tawaran pekerjaan di luar negara.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini