Lelaki ditahan panjat Menara Eiffel, kibarkan bendera AS

Lelaki ditahan panjat Menara Eiffel, kibarkan bendera AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang lelaki memanjat Menara Eiffel dan mengibarkan bendera Amerika Syarikat (AS) di mercu tanda ikonik Paris itu sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan negara berkenaan, kata pihak polis.

Lelaki itu dikesan pada sebelah petang ketika memanjat menara tersebut di antara tingkat dua dan tingkat tiga sebelum menggantung bendera AS.

Dia kemudian ditahan polis, manakala kawasan lapang di hadapan menara serta tingkat dua dan tiga dikosongkan buat sementara waktu.

Menurut polis, lelaki itu tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai motif tindakannya. Bendera berkenaan kemudian diturunkan.

Kira-kira tujuh juta pelancong berbayar mengunjungi menara setinggi 324 meter itu setiap tahun.

Menara Eiffel, yang dirasmikan pada 1889 sempena Pameran Dunia di Paris hasil rekaan jurutera Gustave Eiffel, sejak itu menjadi lambang ibu negara Perancis.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN