India akan jual peluru berpandu kepada Indonesia - Utusan Malaysia

India akan jual peluru berpandu kepada Indonesia

INDONESIA akan membeli peluru berpandu buatan India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India akan membekalkan peluru berpandu jarak jauh kepada Indonesia, kata seorang pegawai India pada Selasa, ketika pemimpin kedua-dua negara bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, mineral kritikal dan beberapa sektor lain.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, di Jakarta sempena lawatan negara selama tiga hari, dengan perjanjian mengenai sistem peluru berpandu BrahMos menjadi agenda utama.

Perjanjian bagi kerjasama mengenai Sistem BrahMos dimeterai semasa lawatan itu, kata jurucakap Kementerian Luar India, Randhir Jaiswal, dalam satu hantaran di platform X.

Kedua-dua negara turut mencapai persetujuan mengenai kerjasama dalam pembangunan peluru berpandu udara ke udara yang meningkatkan kerjasama teknologi dan keupayaan pertahanan, katanya.

Butiran lanjut mengenai perjanjian itu tidak didedahkan, manakala jurucakap Kementerian Pertahanan Indonesia tidak memberi maklum balas terhadap permintaan mendapatkan komen.

Modi memuji kepercayaan yang semakin kukuh antara Jakarta dan New Delhi selepas pertemuannya dengan Prabowo, yang menurutnya menjadi asas kepada kerjasama dalam bidang pertahanan, keselamatan dan hal ehwal maritim. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN