5 askar maut selepas diserang di selatan Thailand - Utusan Malaysia

5 askar maut selepas diserang di selatan Thailand

ANGGOTA tentera dan polis memeriksa kawasan jalan selepas satu alat letupan yang dipasang pada sebuah kereta diletupkan semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lima anggota tentera Thailand terbunuh selepas diserang di selatan negara itu yang dilanda pemberontakan, menurut pihak tentera, dalam satu daripada insiden paling maut yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kenyataan tentera yang dikeluarkan lewat malam, mereka terbunuh pada petang Rabu apabila penyerang melepaskan tembakan dan membaling bom paip ke arah sebuah pos kawalan keselamatan di wilayah Narathiwat.

Narathiwat merupakan satu daripada tiga wilayah di selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam dan telah lama bergolak akibat pemberontakan pemisah yang berlarutan selama beberapa dekad.

Menurut Bangkok Post, enam lelaki berpakaian hitam yang menaiki sebuah trak pikap Nissan berwarna hitam melancarkan serangan terhadap pos kawalan Bukeh Sami di mukim Tanyong Mat pada pukul 6.45 petang waktu tempatan.

Mereka melepaskan tembakan dan membaling bom paip, menurut Komando Hadapan Wilayah 4, Jabatan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC).

Penyerang kemudian melarikan diri melalui Lebuh Raya 4055 menuju ke kawasan mukim Dusongyor.

Pihak keselamatan sedang menjalankan operasi memburu dan mengesan para penyerang tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN