ANTALYA: Taktik licik seorang penumpang yang cuba menyeludup wang tunai €381,750 (RM1.7 juta) di dalam lampin bayi di Lapangan Terbang Antalya, Turkiye akhirnya terbongkar. Ini kerana ia berjaya dikesan pihak berkuasa kastam negara itu. Wang tunai dalam mata wang asing yang tidak diisytiharkan itu bernilai lebih RM1.7 juta ketika cuba dibawa masuk oleh suspek. Suspek menaiki pesawat dari ibu negara Perancis, Paris. Susulan rampasan itu, semua wang itu telah disita.…










