WASHINGTON: Beberapa pengendali stesen minyak terkemuka berdepan tindakan saman pada Isnin oleh sekumpulan pemandu di California yang mendakwa syarikat-syarikat terbabit menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menaikkan harga bahan api. Menurut cadangan tuntutan saman tindakan tersebut, kesemua defendan didakwa melanggar undang-undang antimonopoli utama California, Akta Cartwright. Pengendali itu didakwa menggunakan aplikasi berasaskan AI yang mengumpul data dari stesen minyak pesaing untuk menyelaras harga yang tinggi demi mengaut keuntungan lebih besar…










