Korea Utara kekal status negara nuklear - Utusan Malaysia

Korea Utara kekal status negara nuklear

KIM Jong-un (depan kanan), meninjau kilang pengeluaran bahan nuklear yang baru dirasmikan di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Adik perempuan berpengaruh kepada pe­mimpin Korea Utara menyatakan program senjata nuklear negara itu langsung tidak boleh dirunding dalam kenyataan yang disiarkan media negara menjelang lawatan Presiden China, Xi Jinping.

Pyongyang sejak sekian lama menegaskan haknya untuk memiliki program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik. Ia berhak berbuat denikian walaupun dilarang di bawah sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Negara itu turut memasukkan status kuasa nuklearnya ke dalam perlembagaan pada 2023.

“Status kami sebagai kuasa nuklear langsung tidak boleh dirundingkan. Korea Utara juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman,” kata adik Kim Jong-un, Kim Yo-jong dalam kenyataan yang diterbitkan akhbar rasmi Rodong Sinmun.

Yo-jong, yang memain­kan peranan penting dalam komunikasi negara dan dasar luar, mengeluarkan kenyataan itu sehari sebelum lawatan Jinping ke Korea Utara. Beliau dijadual melawat Korea Utara dari Isnin hingga Selasa, menurut media negara.

Beijing merupakan sumber penting sokongan politik dan ekonomi kepada Korea Utara, sebuah negara yang antara paling terasing secara diplomatik di dunia serta dikenakan sekatan antarabangsa yang ketat.

Lawatan Jinping ke Pyongyang bakal menjadi kunjungan pertamanya dalam tempoh tujuh tahun dan berlaku selepas beliau mengadakan sidang kemuncak berturut-turut dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin bulan lalu.

Dalam kenyataannya, You-jong turut mengecam Washington susulan kenyataan matlamat penyahnuklearan Korea Utara ditegaskan semula ketika sidang kemuncak Trump dan Jinping di Beijing bulan lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN