BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel, lsrael Katz mendakwa Amerika Syarikat (AS) tidak menuntut agar Israel mengundurkan tenteranya dari selatan Lubnan, syarat yang ditetapkan Beirut dalam rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung. “Kami telah mengumumkan bahawa dalam apa jua keadaan kami tidak akan berundur,. Tiada tuntutan daripada AS supaya Israel berundur dari Lubnan,” katanya dalam temu bual semasa konvensyen pemimpin tempatan di Tel Aviv pada Rabu. Katz berkata, beliau telah memaklumkan kepada…










