EU sokong dakwaan China latih tentera Russia

EU sokong dakwaan China latih tentera Russia

ANGGOTA perkhidmatan Russia menyertai perarakan tentera sempena Hari Kemenangan di Dataran Dvortsovaya di tengah Saint Petersburg pada 9 Mei lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Seorang pegawai kanan Kesatuan Eropah (EU) menuduh China melatih tentera Russia yang kemudiannya dihantar berperang di Ukraine, sekali gus mengesahkan laporan media yang memetik agensi perisikan Eropah.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, maklumat berkenaan disahkan oleh perkhidmatan perisikan EU dan latihan berkenaan dijalankan di beberapa lokasi di China.

Menurutnya, program latihan itu membabitkan ratusan anggota tentera Russia.

“China melatih tentera Russia dan sebahagian daripada mereka kemudian dihantar ke medan perang untuk berperang secara langsung menentang Ukraine,” katanya.

Beberapa media Eropah bulan lalu melaporkan agensi perisikan di rantau itu percaya China melatih anggota tentera Rusia yang kemudiannya dihantar ke Ukraine.

Akhbar Jerman, Die Welt, melaporkan dokumen sulit menunjukkan latihan itu memberi tumpuan kepada penggunaan dron dan sistem peperangan elektronik, dengan ramai anggota kemudiannya dikerahkan ke Ukraine.

China menegaskan ia mengambil pendirian berkecuali sejak Russia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022, namun dakwaan terbaharu itu dijangka menambah keraguan Barat terhadap tahap sebenar sokongan Beijing kepada Moscow.

Hubungan antara China dan Russia semakin kukuh sejak perang Ukraine tercetus, dengan Beijing enggan mengutuk tindakan Moscow.

EU sebelum ini mengenakan sekatan terhadap beberapa syarikat China yang didakwa membekalkan bahan dan komponen kepada sektor ketenteraan Rusia.

Menteri dan pemimpin EU dijadual membincangkan hubungan blok itu dengan China dalam beberapa mesyuarat yang akan berlangsung minggu depan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN