Rakyat Malaysia terkorban selepas hotel runtuh di Filipina - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia terkorban selepas hotel runtuh di Filipina

JENAZAH Mohd Rezal ditemukan anggota penyelamat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang rakyat Malaysia terkorban dalam runtuhan sebuah hotel selepas sebuah bangunan lain berdekatan dengannya yang masih dalam pembinaan runtuh di bandar Angeles, 80 kilometres dari utara Manila.

Warga Malaysia itu berusia 65 tahun dikenal pasti sebagai  Mohd Rezal bin Abdullah, menurut pihak berkuasa.

Pemangku Ketua Bomba Filipina, Rico Kwan Tiu berkata, lelaki yang berasal dari negeri Sabah itu sempat berhubung dengan pasukan penyelamat melalui telefon ketika terperangkap di bawah dinding hotel sejurus selepas runtuhan berlaku pada jam 3 pagi Ahad waktu tempatan.

“Malangnya, apabila kami berjaya mengeluarkannya sebentar tadi (semalam), beliau sudah tidak bernyawa,” katanya.

“Kami sedang berusaha menyelamatkan dua (pekerja) dari bangunan sembilan tingkat yang dalam pembinaan tetapi runtuh  itu,” kata Kwan Tiu.

“Mereka masih sedar tetapi terperangkap di bawah runtuhan,” tambahnya.

Datuk Bandar, Carmelo Lazatin, memberitahu wartawan bahawa hampir semua mangsa di dalam bangunan yang runtuh itu sedang tidur kerana kejadian ini berlaku pada awal pagi.

Seramai 26 orang telah berjaya diselamatkan setakat ini selepas bangunan sembilan tingkat itu runtuh.

Punca bangunan dalam pembinaan itu runtuh masih belum diketahui. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN