Rakyat Malaysia selamat runtuhan bangunan di Filipina - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia selamat runtuhan bangunan di Filipina

SEBUAH bangunan dalam pembinaan runtuh di Bandar Angeles semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang rakyat Malaysia terselamat tetapi 23 lagi masih hilang selepas  sebuah bangunan sembilan tingkat yang telah dibina selama lebih dua tahun itu runtuh pada kira-kira pukul 3 pagi Ahad waktu tempatan di bandar Angeles, Filipina kira-kira 80 kilometer dari utara Manila.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengorek runtuhan dengan pihak berkuasa berkata, jeritan meminta tolong kedengaran dari bawah timbunan runtuhan.

Pegawai penerangan bandar Angeles, Jay Pelayo memberitahu Reuters bahawa rakyat Malaysia berusia 51 tahun itu menginap di sebuah hotel bajet berhampiran yang turut rosak apabila struktur konkrit tersebut runtuh.

Usaha menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian, dengan pekerja dilihat memanjat timbunan kepingan konkrit dan besi keluli yang remuk serta dilitupi jaring hijau ketika mencari mangsa terselamat.

Jurucakap wilayah Biro Perlindungan Kebakaran, Maria Leah Sajili berkata kepada wartawan bahawa pasukan penyelamat yang menjalankan penilaian awal mendengar seseorang menjerit kesakitan dari bawah runtuhan.

Pengurus Besar Metropolitan Pihak Berkuasa Manila Manila, Nicolas Torre, memberitahu AFP bahawa pihaknya menghantar peralatan menyelamat dan anjing pengesan polis bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

“Kami juga mengerahkan alat pengesan nyawa, peranti pendengar dan peralatan penyelamat untuk membantu pasukan penyelamat kerana banyak runtuhan perlu dipotong serta diangkat bagi mengesan mangsa,” kata Torre.

Anggota-anggota polis tempatan dan bomba yang ditempatkan di kawasan itu berkata, seramai 23 orang dipercayai masih terperangkap di lokasi kejadian.

Timbunan tiang patah dan runtuhan masih menutupi kawasan itu lebih 12 jam kemudian ketika pencarian mangsa terselamat diteruskan di bawah cuaca panas tropika, menurut wartawan AFP di lokasi.

Punca runtuhan masih belum dikenal pasti. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN