Jangan terlalu paksa diri ketika ibadah

Jangan terlalu paksa diri ketika ibadah

AZLINDA Abdul Hamid ketika sesi fisioterapi bersama salah seorang jemaah haji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perjalanan jauh dan tuntutan ibadah yang memerlukan pergerakan berterusan menyebabkan kira-kira 30 jemaah sehari mendapatkan rawatan fisioterapi akibat masalah otot sepanjang berada di Tanah Suci.

Jurupulih Perubatan Fisioterapi Haji, AZLINDA ABDUL HAMID menjelaskan rata-rata jemaah mengalami ketegangan otot selepas melaksanakan ibadah tawaf dan saie akibat berjalan dalam tempoh lama, selain faktor kurang rehat serta perjalanan panjang sebelum tiba di Mekah.

AZLINDA ABDUL HAMID

Kepada pemberita, Azlinda juga mengingatkan jemaah supaya melaksanakan ibadah mengambil kira kemampuan fizikal dan memfokuskan penjagaan kesihatan menjelang hari kemuncak haji.

UTUSAN MALAYSIA: Apakah masalah utama fisioterapi yang sering dialami jemaah haji?

AZLINDA ABDUL HAMID: Kebanyakan jemaah mengalami masalah ketegangan otot akibat perjalanan jauh dan aktiviti fizikal berterusan. Selepas tiba di Tanah Suci, mereka terus berjalan untuk tawaf dan saie, jadi otot sebelum ini dalam keadaan rehat tiba-tiba bekerja, itu menyebabkan kesakitan.

Apakah kesilapan paling kerap dilakukan jemaah?

Tidak meneruskan senaman regangan yang dipelajari. Ramai yang tahu, tetapi tidak konsisten. Sedangkan senaman itu sangat penting untuk memastikan otot sihat dan mengelakkan kecederaan.
Fisioterapi ini tidak semestinya melibatkan urutan semata-mata. Sebenarnya, rawatan senaman dimana otot juga boleh menjadi lebih lega dan pulih secara berperingkat.

Apakah kes paling teruk yang pernah kendalikan?

Ada pesakit yang terpaksa berjalan dalam keadaan membongkok untuk menahan sakit. Biasanya ini berlaku selepas mereka terlalu memaksa diri ketika tawaf dan saie tanpa mengambil kira kemampuan fizikal.

Apa nasihat untuk jemaah terlalu memaksa diri?

Kami nasihatkan supaya melakukan ibadah mengikut kemampuan. Jika sakit terlalu kuat, gunakan kemudahan seperti kerusi roda. Yang penting ibadah dapat disempurnakan tanpa memudaratkan kesihatan.

Saranan menjelang hari kemuncak haji?

Amalkan senaman dan regangan secara konsisten, sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Ia boleh dilakukan di bilik dan sangat mudah. Selain itu, buat persediaan awal terutama menjelang kemuncak ibadah di Masyair. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN