NEW DELHI: Seorang pemandu lori maut akibat ditanduk dengan ganding seekor gajah manakala penjaga haiwan tersebut mengalami kecederaan parah di India.
Ini kerana gajah itu terlepas dari sebuah lori yang membawa haiwan itu yang kemudian ‘mengamuk’ di Kerala.
Rakaman video menunjukkan gajah jantan yang dinamakan Mayyanad Parthasarathy itu menterbalikkan sebuah kereta putih dengan belalainya sebelum menghempas kenderaan tersebut ke tanah.
Gajah itu terus bertindak agresif dengan menolak kereta itu menggunakan gadingnya. Kejadian itu dilihat penduduk setempat yang cuba menangkap semula haiwan itu dengan tali dan kayu.
Haiwan yang kakinya masih terikat dengan tali itu turut menterbalikkan kenderaan tersebut berulang kali.
Kejadian yang berlaku baru-baru ini meragut nyawa Vishnu pengendali utama gajah itu dikenali sebagai Vishnu. Dia mengalami kecederaan serius.
Vishnu merupakan pemandu lori yang membawa gajah tersebut ke sebuah kuil sempena festival Hindu.
Sekitar pukul 9.15 pagi waktu tempatan, gajah tersebut dilaporkan mula bertindak agresif dan menyerang Vishnu selepas berjaya melepaskan diri daripada drantai.
Mangsa dilaporkan diangkat menggunakan belalai sebelum dipijak dan ditanduk dengan gading sehingga maut di lokasi kejadian.
Amukan itu yang dikaitkan dengan fasa agresif semula jadi, berterusan selama dua jam di sekitar kawasan kuil dan jalan berhampiran.
Pelbagai kerosakan harta benda dilaporkan berlaku termasuk kereta dan skuter yang diterbalikkan serta dinding bangunan yang musnah dirempuh gading gajah berkenaan.
Anggota-anggota dari Jabatan Perhutanan akhirnya berjaya menundukkan gajah tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari waktu tempatan menggunakan ubat pelali. – AGENSI










